CARA MEMULAKAN PERNIAGAAN
1. Memulakan sendiri
- menubuhkan sesuatu perniagaan baru atas usaha sendiri.
- usahawan perlu modal, pengetahuan, pengalaman, minat dan kebolehan.
- usahawan bebas menguruskan perniagaan mengikut gaya dan kreativiti sendiri.
2. Mengambil alih
- membeli sesebuah perniagaan yang sedia wujud.
- perniagaan yang di ambil alih menguntungkan dan berpotensi maju.
- pengambilalihan perniagaan yang berprestasi baik disebut ‘muhibbah’ (goodwill) dan perlu membayar ‘wang muhibbah’ sebagai ganjaran kerana perniagaan berprestasi baik.
3. Warisan
- mewarisi perniagaan daripada ahli keluarga.
- pewaris hanya perlu meneruskan perniagaan tersebut
4. Francais
- hak atau kebenaran untuk menjual barang syarikat lain yang sudah terkenal dengan menggunakan jenama dan logonya.
- Syarikat yang diberi hak ialah francaisi.
- Syarikat yang memberi hak francais dikenali francaisor.
- Francaisi dibantu dan dibimbing oleh francaisor
- sebagai balasan francaisi dikehendaki membayar royalti dan mematuhi syarat.
- Contoh Pizza Hut, KFC
5. Diundang
- Peniaga dijemput menyertai sesebuah perniagaan sebagai rakan kongsi atau pemegang saham
- Peniaga dijemput kerana kepakaran, pengalaman, modal atau keistimewaan yang diperlukan untuk mengendalikan perniagaan.




