Saturday, 19 May 2012

BAB 6: PEMILIKAN PERNIAGAAN


CARA MEMULAKAN PERNIAGAAN

1. Memulakan sendiri
  •  menubuhkan sesuatu perniagaan baru atas usaha sendiri.
  •  usahawan perlu modal, pengetahuan, pengalaman, minat dan kebolehan.
  •  usahawan bebas menguruskan perniagaan mengikut gaya dan kreativiti sendiri.
2. Mengambil alih
  • membeli sesebuah perniagaan yang sedia wujud.
  • perniagaan yang di ambil alih menguntungkan dan berpotensi maju.
  • pengambilalihan perniagaan yang berprestasi baik disebut ‘muhibbah’ (goodwill) dan perlu  membayar ‘wang muhibbah’ sebagai ganjaran kerana perniagaan berprestasi baik.    
3. Warisan
  • mewarisi perniagaan daripada ahli keluarga.
  • pewaris hanya perlu meneruskan perniagaan tersebut

4. Francais
  • hak atau kebenaran untuk menjual barang syarikat lain yang sudah terkenal dengan menggunakan jenama dan logonya.
  • Syarikat yang diberi hak ialah francaisi.
  • Syarikat yang memberi hak francais dikenali francaisor.
  • Francaisi dibantu dan dibimbing oleh francaisor
  • sebagai balasan francaisi dikehendaki membayar royalti dan mematuhi syarat.
  • Contoh Pizza Hut, KFC

5. Diundang
  • Peniaga dijemput menyertai sesebuah perniagaan sebagai rakan kongsi atau  pemegang saham
  • Peniaga dijemput kerana kepakaran, pengalaman, modal atau keistimewaan yang    diperlukan untuk mengendalikan perniagaan.

No comments:

Post a Comment