- Pelabur mestilah mendapat maklumat pelaburan yang lengkap dan terkini tentang bidang pelaburan yaang hendak diceburinga sama ada dalam saham, bon, unit amanah atau harta tanah
- Maklumat ini boleh diperoleh daripada risalah pelburan, prospektus syarikat, buku atau majalah pelaburan, broker, jurubank, akauntan dab penganalisis atau pakar pelaburan.
2) Pulangan atas modal
- Tinggi atau rendahnya pulangan atas modal mestilah diambil kira. Pulangan terdiri daripada dua unsur, iaitu pendapatan tetap yang diterima secara konsisten dan berulang-ulang dan keuntungan modal, iaitu kenaikan nilai pelaburan itu.
- Akaun simpanan tetap memberikan pendapatan tetap tetapi tidak memberi keuntungan modal.
3) Risiko dalam pelaburan
- Setiap pelaburan mempunyai risiko dan lazimnya lebih besar risikonya, lebih tinggi kadar pulangannya. jenis pelaburan dipilih bergantung kepada objektif pelabur.
- Jika pelabur mengutamakan keselamatan dan pendapatan tetap, mereka harus meabur ke dalam akaun simpanan tetap, gilts dan bon kerajaan
- jika mereka mengutamakan pulangan, maka wajar bagi mereka melabur ke dalam saham, unit amanah dan harta tanah.
4) Modal yang ada
- Modal yang ada pada pelabur akan menentukan jenis pelaburan yang diilih
- Pelabur yang mempunyai modal besar boleh melabur ke dalam projek besar seperti dalam bidang pembinaan, perhotelan, estet, harta tanah dan sebagainya
- Pelabur yang bermodal kecil wajar melabur ke dalam unit amanah, bon kerajaan, gilts atau akaun simpanan tetap.
5) Kecairan
- Kecairan bermaksud kemudahan sesuatu pelaburan ditukarkan kepada wang tunai apabila diperlukan
- Menyimpan wang ke dalam akaun simpanan tetap mempunyai sifat yang paling cair, tetapi pulangannya rendah berbanding dengan pelaburan dalam saham yang bersifat kurang cair.





