Sunday, 20 May 2012

BAB 7: PELABURAN

PANDUAN PELABURAN



1) Mendapatkan maklumat

  • Pelabur mestilah mendapat maklumat pelaburan yang lengkap dan terkini tentang bidang pelaburan yaang hendak diceburinga sama ada dalam saham, bon, unit amanah atau harta tanah
  • Maklumat ini boleh diperoleh daripada risalah pelburan, prospektus syarikat, buku atau majalah pelaburan, broker, jurubank, akauntan dab penganalisis atau pakar pelaburan.

2) Pulangan atas modal
  • Tinggi atau rendahnya pulangan atas modal mestilah diambil kira. Pulangan terdiri daripada dua unsur, iaitu pendapatan tetap yang diterima secara konsisten dan berulang-ulang dan keuntungan modal, iaitu kenaikan nilai pelaburan itu.
  • Akaun simpanan tetap memberikan pendapatan tetap tetapi tidak memberi keuntungan modal.

3) Risiko dalam pelaburan
  • Setiap pelaburan mempunyai risiko dan lazimnya lebih besar risikonya, lebih tinggi kadar pulangannya. jenis pelaburan dipilih bergantung kepada objektif pelabur.
  • Jika pelabur mengutamakan keselamatan dan pendapatan tetap, mereka harus meabur ke dalam akaun simpanan tetap, gilts dan bon kerajaan
  • jika mereka mengutamakan pulangan, maka wajar bagi mereka melabur ke dalam saham, unit amanah dan harta tanah.

4) Modal yang ada
  • Modal yang ada pada pelabur akan menentukan jenis pelaburan yang diilih
  • Pelabur yang mempunyai modal besar boleh melabur ke dalam projek besar seperti dalam bidang pembinaan, perhotelan, estet, harta tanah dan sebagainya
  • Pelabur yang bermodal kecil wajar melabur ke dalam unit amanah, bon kerajaan, gilts atau akaun simpanan tetap.

5) Kecairan
  • Kecairan bermaksud kemudahan sesuatu pelaburan ditukarkan kepada wang tunai apabila diperlukan
  • Menyimpan wang ke dalam akaun simpanan tetap mempunyai sifat yang paling cair, tetapi pulangannya rendah berbanding dengan pelaburan dalam saham yang bersifat kurang cair.


No comments:

Post a Comment