Sunday, 20 May 2012

BAB 7: PELABURAN

PANDUAN PELABURAN



1) Mendapatkan maklumat

  • Pelabur mestilah mendapat maklumat pelaburan yang lengkap dan terkini tentang bidang pelaburan yaang hendak diceburinga sama ada dalam saham, bon, unit amanah atau harta tanah
  • Maklumat ini boleh diperoleh daripada risalah pelburan, prospektus syarikat, buku atau majalah pelaburan, broker, jurubank, akauntan dab penganalisis atau pakar pelaburan.

2) Pulangan atas modal
  • Tinggi atau rendahnya pulangan atas modal mestilah diambil kira. Pulangan terdiri daripada dua unsur, iaitu pendapatan tetap yang diterima secara konsisten dan berulang-ulang dan keuntungan modal, iaitu kenaikan nilai pelaburan itu.
  • Akaun simpanan tetap memberikan pendapatan tetap tetapi tidak memberi keuntungan modal.

3) Risiko dalam pelaburan
  • Setiap pelaburan mempunyai risiko dan lazimnya lebih besar risikonya, lebih tinggi kadar pulangannya. jenis pelaburan dipilih bergantung kepada objektif pelabur.
  • Jika pelabur mengutamakan keselamatan dan pendapatan tetap, mereka harus meabur ke dalam akaun simpanan tetap, gilts dan bon kerajaan
  • jika mereka mengutamakan pulangan, maka wajar bagi mereka melabur ke dalam saham, unit amanah dan harta tanah.

4) Modal yang ada
  • Modal yang ada pada pelabur akan menentukan jenis pelaburan yang diilih
  • Pelabur yang mempunyai modal besar boleh melabur ke dalam projek besar seperti dalam bidang pembinaan, perhotelan, estet, harta tanah dan sebagainya
  • Pelabur yang bermodal kecil wajar melabur ke dalam unit amanah, bon kerajaan, gilts atau akaun simpanan tetap.

5) Kecairan
  • Kecairan bermaksud kemudahan sesuatu pelaburan ditukarkan kepada wang tunai apabila diperlukan
  • Menyimpan wang ke dalam akaun simpanan tetap mempunyai sifat yang paling cair, tetapi pulangannya rendah berbanding dengan pelaburan dalam saham yang bersifat kurang cair.


Saturday, 19 May 2012

BAB 6: PEMILIKAN PERNIAGAAN


CARA MEMULAKAN PERNIAGAAN

1. Memulakan sendiri
  •  menubuhkan sesuatu perniagaan baru atas usaha sendiri.
  •  usahawan perlu modal, pengetahuan, pengalaman, minat dan kebolehan.
  •  usahawan bebas menguruskan perniagaan mengikut gaya dan kreativiti sendiri.
2. Mengambil alih
  • membeli sesebuah perniagaan yang sedia wujud.
  • perniagaan yang di ambil alih menguntungkan dan berpotensi maju.
  • pengambilalihan perniagaan yang berprestasi baik disebut ‘muhibbah’ (goodwill) dan perlu  membayar ‘wang muhibbah’ sebagai ganjaran kerana perniagaan berprestasi baik.    
3. Warisan
  • mewarisi perniagaan daripada ahli keluarga.
  • pewaris hanya perlu meneruskan perniagaan tersebut

4. Francais
  • hak atau kebenaran untuk menjual barang syarikat lain yang sudah terkenal dengan menggunakan jenama dan logonya.
  • Syarikat yang diberi hak ialah francaisi.
  • Syarikat yang memberi hak francais dikenali francaisor.
  • Francaisi dibantu dan dibimbing oleh francaisor
  • sebagai balasan francaisi dikehendaki membayar royalti dan mematuhi syarat.
  • Contoh Pizza Hut, KFC

5. Diundang
  • Peniaga dijemput menyertai sesebuah perniagaan sebagai rakan kongsi atau  pemegang saham
  • Peniaga dijemput kerana kepakaran, pengalaman, modal atau keistimewaan yang    diperlukan untuk mengendalikan perniagaan.

DOA DHUHA


SELAWAT SYIFA


MUTIARA KATA


IRFAN KHAIRI-DARI HOBI KEPADA PERNIAGAAN


BAHAGIAN 1



BAHAGIAN 2

IRFAN KHAIRI-MENETAPKAN MATLAMAT


Saturday, 5 May 2012

BAB 5: INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA


Industri Kecil dan Sederhana (IKS)




  • IKS ialah syarikat perkilangan yang mempunyai pusingan jualan tidak melebihi RM25 juta atau mempunyai pekerja sepenuh masa tidak melebihi 150 orang.

Kepentingan IKS

Kepada Usahawan dan Masyarakat

a) Peluang untuk menceburi bidang perusahaan
b) Peluang menggunakan kebolehan, daya cipta dan kreativiti
c) Mewujudkan peluang pekerjaan
d) Memupuk tabiat menabung
e) Memenuhi keperluan dan kehendak masyarakat


Kepada Negara

a) Mengurangkan pengangguran
b) Peningkatan tabungan dalam ekonomi negara
c) Pengagihan pendapatan negara
d) Latihan untuk pekerja dan pengusaha
e) Penggemblengan modal dan kemahiran rakyat
f) Mengurangkan import barang pengguna
g) Memperkukuhkan struktur asas industri negara










Wednesday, 2 May 2012

DOA-DOA

 Doa Naik Kenderaan di Air
Ertinya: Dengan nama Allah yang menjalankan kenderaan ini berlayar berlabuh, sesungguhnya Tuhanku maha Pemaaf lagi maha Pengasih.

DOA-DOA

Doa Naik Kenderaan Darat
Ertinya: maha suci Tuhan yang memudahkan kenderaan ini bagi kami, sedangkan kami tiba dengan mudah dengannya dan kepada Allah kami kembali.

MUTIARA KATA

"Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan"










MUTIARA KATA

"Jika kamu berhasrat untuk berjaya, jangan hanya memandang ke tangga tetapi belajarlah untuk menaiki tangga tersebut"





MUTIARA KATA

"Memang amat tinggi letaknya kebahagiaan. Namun kite harus menuju ke sana. Ada orang yang berputus asa berjalan ke arahnya lantaran disangkanya jalan ke sana amat sukar. Padahal mudah, kerana ia dimulai daripada dirinya sendiri."~Said Mustafa







MUTIARA KATA

"Jadikan dirimu bagai pohon yang rendang di mana insan dapat berteduh. Jangan seperti pohon kering tempat sang pungguk melepaskan rindu dan hanya layak dibuat kayu api."









Saturday, 28 April 2012

BAB 4: PERNIAGAAN ANTARABANGSA


Kepentingan Perniagaan Antarabangsa
      
     1. Kepada pengguna
  • meluaskan pilihan pengguna
  • memperoleh barang yang lebih banyak, murah dan bermutu
  • mewujudkan peluang pekerjaan
  • meningkatkan taraf hidup
  • menambahkan pengetahuan dan pengalaman
     2.  Kepada pengeluar
  • menjimatkan kos dan meningkatkan kualiti barang
  • meluaskan pasaran
  • pengeluaran berskala besar-besaran
  • menjamin bekalan sumber yang berterusan
  • pertukaran pengeluaran dan teknologi
      3.  Kepada negara
  • menambahkan pendapatan negara
  • meningkatkan imbangan pembayaran negara
  • mengurangkan pengangguran 
  • mendapat pertukaran asing
  • mengatasi kekurangan bahan mentah dan kepakaran
  • memupuk persefahaman dan kerjasama antara negara




Thursday, 26 April 2012

BAB 2: UNSUR PERDAGANGAN

Apakah maksud:


Import
#pembelian barangan dari luar negara


Eksport
#penjualan barangan ke luar negara

Entreport
# aktiviti mengimport barang dari luar negara untuk dieksport semula ke negara lain




KLIK UNTUL LINK NOTA BAB 2



Sunday, 1 April 2012

BAB 1: ASAS KEPADA PERDAGANGAN


1.1 Keperluan & Kehendak

Keperluan ialah:

1) Keperluan ialah apa yang deperlukan oleh manusia untuk hidup.    
2) Keperluan manusia terdiri daripada
     a) Keperluan asas
  • keperluan fisiologi manusia untuk terus hidup
  • manusia memerlukan tiga keperluan asa iaitu makanan, pakaian dan tempat tinggal
      b) Keperluan lain
  • perkara asas tambahan yang diperlukan oleh manusia untuk hidup dalam keadaan sempurna dan  selesa
  • ia merangkumi pendidikan, perubatan, bekalan air dan elektrik, pengangkutan dan sebagainya.

Kehendak ialah:

1) Merupakan pelengkap atau lanjutan kepada keperluan untuk hidup lebih selesa.
2) Kehendak dituntut oleh manusia adalah untuk kemewahan, kepuasan dan status.
3) Contohnya ialah manusia ingin memiliki kereta mewah, kolam renang  dan sebagainya. 

Hierarki Keperluan Maslow:

Hierarki Keperluan Maslow